2011/02/07
Bank Negara naikkan SRR kawal kecairan
Bank Negara minggu lalu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang digunakan bank tempatan sebagai penanda aras dalam menentukan kadar faedah masing-masing, pada paras semasa 2.75 peratus kerana berpendapat paras itu wajar serta konsisten dengan penilaian semasa prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi.
Bagaimanapun, bank pusat itu menegaskan berlaku perubahan besar dan tidak menentu dalam arah aliran kecairan global yang secara langsung berkemungkinan akan meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan tempatan.Berikutan itu, Bank Negara membayangkan untuk menggunakan alat polisi tambahan seperti keperluan rizab berkanun dan langkah menyediakan pembiayaan berhemah bagi mengelak risiko makroekonomi dan kewangan yang tidak seimbang.
OSK-DMG Group Economics dalam nota penyelidikannya berkata, berdasarkan penilaian, lebih berkesan menangani kebimbangan terhadap peningkatan kecairan dalam sistem kewangan tempatan dengan menggunakan alat polisi tambahan itu kerana menaikkan paras OPR akan menghasilkan risiko menarik aliran masuk modal lebih tinggi.
“Bagaimanapun, alat polisi tambahan mana yang lebih berkesan dalam keadaan semasa masih belum jelas tetapi umum perlu mengetahui bahawa SRR kini berada pada paras terendah iaitu satu peratus,” katanya.
SRR adalah instrumen dasar monetari Bank Negara untuk menguruskan kecairan dan melindungi kredit dalam sistem perbankan tempatan, membabitkan sejumlah wang yang diletakkan oleh bank tempatan dalam akaun rizab berkanun masing-masing di Bank Negara tanpa dikenakan sebarang faedah. (Berita harian)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan