Profil 2011

06 April 2011

Bank Negara pantau punca inflasi


KUALA LUMPUR 5 April - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memantau perkembangan kenaikan kadar inflasi dengan cukup berhati-hati untuk menentu puncanya yang sebenar.

Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pemantauan itu bertujuan memastikan sama ada kenaikan itu dipacu oleh permintaan atau faktor bekalan.

''Kami juga perlu melihat sama ada perkembangan ini (kenaikan inflasi) adalah bersifat sementara atau kekal untuk jangka panjang,'' katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Pembuat Dasar Inklusif Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bank pusat itu perlu menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi seperti yang dilaksanakan oleh negara-negara lain.

Malaysia mencatatkan kadar inflasi sebanyak 2.9 peratus pada Februari lalu, kenaikan tertinggi dalam tempoh 22 bulan.

Kadar inflasi bagi Januari ialah 2.4 peratus.

Rata-rata penganalisis tempatan menyifatkan kenaikan kadar inflasi Februari lalu amat memeranjatkan, sekali gus memberi tekanan kepada BNM khususnya ketika pulangan sebenar kadar faedah menjadi negatif buat kali pertama dalam tempoh 26 bulan.

Kadar inflasi diunjur berada pada sekitar 3.0 hingga 3.5 peratus pada tahun ini dan kenaikan dijangka lebih ketara pada separuh pertama disokong oleh pertumbuhan ekonomi global.


Ditanya kemungkinan bank pusat perlu menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat Jawatankuasa Monetari pada Mei ini, Zeti berkata: ''Anda akan mengetahui (sebarang keputusan) selepas mesyuarat itu nanti''.

Gabenor berkata, bank pusat itu akan mengambil kira penilaian termasuk risiko pertumbuhan dan sokongan lanjut polisi monetari sebelum menaikkan kadar faedah.

Pada 1 Mac lalu, BNM telah mengekalkan Dasar Semalaman pada kadar 2.75 peratus tetapi menaikkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada dua peratus berbanding satu peratus berkuat kuasa awal bulan ini.

-Utusan online 6 Apr 2011

23 Mac 2011

Tahniah

Panitia Ekonomi Asas mengucapkan tahniah kepada semua calon Ekonomi Asas SPM 2010 . Seramai 23 orang pelajar telah memperoleh A.

Bilangan calon: 99

Keputusan: Bilangan
A+.................... 4
A .................... 13
A-..................... 6
B+.................... 6
B.............. ....... 6
C+........... ........ 9
C..................... 10
D .....................16
E .....................19
G ......................9
TH........... ....... 1

KELULUSAN: 90.82%

10 Mac 2011

Tugasan Masa Cuti 1 2011

Pelajar-pelajar 5D sila download tugasan masa cuti 1/2011 dan jawab semua soalan.

03 Mac 2011

CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus



Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

NONEKatanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

mamak restaurant 271206 open stoves"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.

mamak restaurant 271206 patronsSehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.

"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya. (Malaysiakini 3 Mac 2011)

14 Februari 2011

Pertukaran Asing: Sukar capai RM2.50 berbanding dolar AS

2011/02/07

PENINGKATAN nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) beransur-ansur dijangka berterusan tahun ini tetapi untuk menyaksikan mata wang tempatan itu kembali ke paras sebelum krisis kewangan Asia, iaitu pada kira-kira RM2.50 dalam jangka terdekat adalah tipis. “Kita ada sasaran akhir tahun RM3 berbanding dolar AS tetapi ia mungkin berlegar sekitar RM3.15 pada suku kedua berikutan kelemahan keseluruhan mata wang Asia,” kata Ketua Pertukaran Mata Wang Asia dan Strategi Pendapatan Tetap Merril Lynch Bank of America, Claudio Piron.

Beliau mengingatkan risiko kemungkiran pembayaran bon kerajaan di Eropah dan pemberhentian pusingan kedua pelonggaran dasar kewangan oleh AS boleh menjadi penghalang kepada kenaikan ini.
Ketika diwawancara BERNAMA, beliau berkata, memang bukan rahsia lagi pasaran sedang berkembang di Asia begitu popular di kalangan pelabur antarabangsa sejak tahun lalu dan rantau ini menerima banyak pengaliran masuk dana. “Wujud risiko berlakunya sedikit pengaliran keluar dalam suku kedua. “Justeru, ringgit dijangka susut sedikit pada suku kedua sebelum mengukuh ke paras RM3 menjelang akhir tahun,” katanya sambil menambah mata wang tempatan itu kini diberikan nilai 2.2 peratus lebih tinggi.

Sejak permulaan tahun ini, ringgit meningkat kira-kira 1.28 peratus, manakala won Korea 1.9 peratus dan dolar Taiwan 4.04 peratus. Tahun lalu, ringgit melonjak 12 peratus berbanding dolar AS. Piron berkata, ringgit tiada kemungkinan mencapai paras sebelum krisis kewangan Asia 1997/98 dalam masa terdekat, tetapi ia boleh dalam masa tiga hingga lima tahun. Bagi mata wang itu mengukuh begitu banyak sehingga 18 bulan akan datang perlu ada krisis fundamental di pasaran maju dan kemungkiran pembayaran bon kerajaan di Eropah, tetapi kemungkinan itu amat tipis kerana hutang di AS masih berada pada tahap terkawal. "Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kita telah melihat begitu banyak rancangan dibuat. Kita ada segala strategi yang boleh difikirkan," katanya menjawab soalan sama ada pasaran boleh mengalami semula kelembapan kewangan pada 2008. Mengenai inflasi, beliau berkata seperti biasa, bank pusat Asia berada di belakang. Bagaimanapun, katanya ini tidak bererti tidak baik, kerana situasi itu sebahagiannya disebabkan oleh inflasi eksogen dan tidak semestinya disebabkan oleh permintaan di Asia.

Dalam kalangan semua bank pusat, Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bank pusat yang paling proaktif di rantau ini. "Saya rasa Bank Negara unik sebab ia menggunakan pertukaran asing dan kadar faedah untuk mengembalikan dasar kepada keadaan biasa. Kami menjangkakan Bank Negara menaikkan kadar sebanyak 0.5 peratus lagi tahun ini," katanya. Minggu lalu, Bank Negara mengekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75 peratus disebabkan oleh tahap inflasi yang rendah dan kekurangan bukti tentang lebihan permintaan memberi tekanan kepada harga. Bagaimanapun, bank pusat itu membayangkan penggunaan alat dasar tambahan seperti keperluan rizab berkanun dan langkah pemberian pinjaman makroprudential, untuk mengelak risiko ketidakseimbangan makroekonomi dan kewangan.

Bank Negara Malaysia menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali dalam tempoh di antara Mac dengan Julai 2010 bagi membendung tekanan harga. (Berita Harian)

10 Februari 2011

BANK Negara Malaysia dijangka menaikkan paras keperluan rizab berkanun


The Bank Negara Malaysia, the country's central bank, is pictured in Kuala Lumpur on November 22, 2010. Malaysia's central bank was expected to release its third quarter GDP figures later in the day following strong growth in the first half of the year.
2011/02/07

Bank Negara naikkan SRR kawal kecairan

BANK Negara Malaysia dijangka menaikkan paras keperluan rizab berkanun (SRR) dalam tempoh terdekat bagi mengawal peningkatan kecairan dalam sistem kewangan tempatan selepas memutuskan untuk tidak menaikkan kadar faedah baru-baru ini, kata ahli ekonomi.

Bank Negara minggu lalu mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang digunakan bank tempatan sebagai penanda aras dalam menentukan kadar faedah masing-masing, pada paras semasa 2.75 peratus kerana berpendapat paras itu wajar serta konsisten dengan penilaian semasa prospek pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Bagaimanapun, bank pusat itu menegaskan berlaku perubahan besar dan tidak menentu dalam arah aliran kecairan global yang secara langsung berkemungkinan akan meningkatkan kecairan dalam sistem kewangan tempatan.
Berikutan itu, Bank Negara membayangkan untuk menggunakan alat polisi tambahan seperti keperluan rizab berkanun dan langkah menyediakan pembiayaan berhemah bagi mengelak risiko makroekonomi dan kewangan yang tidak seimbang.

OSK-DMG Group Economics dalam nota penyelidikannya berkata, berdasarkan penilaian, lebih berkesan menangani kebimbangan terhadap peningkatan kecairan dalam sistem kewangan tempatan dengan menggunakan alat polisi tambahan itu kerana menaikkan paras OPR akan menghasilkan risiko menarik aliran masuk modal lebih tinggi.

“Bagaimanapun, alat polisi tambahan mana yang lebih berkesan dalam keadaan semasa masih belum jelas tetapi umum perlu mengetahui bahawa SRR kini berada pada paras terendah iaitu satu peratus,” katanya.

SRR adalah instrumen dasar monetari Bank Negara untuk menguruskan kecairan dan melindungi kredit dalam sistem perbankan tempatan, membabitkan sejumlah wang yang diletakkan oleh bank tempatan dalam akaun rizab berkanun masing-masing di Bank Negara tanpa dikenakan sebarang faedah. (Berita harian)