Profil 2011

17 Ogos 2009

Soalan Percubaan EA 2009

Soalan Percubaan EA Perlis
Kertas 1
Kertas 2

10 Ogos 2009

Berita Semasa- Perdagangan Antarabangsa

Eksport meningkat RM45.1 bilion

KUCHING 9 Ogos - Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sebanyak 5.1 peratus pada Jun lalu atau RM45.1 bilion iaitu jumlah eksport tertinggi pernah dicatatkan untuk tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, Malaysia turut mencatatkan peningkatan import sebanyak RM35.9 bilion dengan lebihan dagangan sebanyak RM9.1 bilion bagi bulan berkenaan.

Menurutnya, lebihan dagangan itu merupakan bulan lebihan ke-140 tertinggi pernah dicatatkan sejak November 1997.

''Ia menjadikan jumlah perdagangan Malaysia pada bulan Jun ialah sebanyak RM81 bilion," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini hari ini.

Beliau memberitahu, statistik berkenaan merupakan peningkatan yang menggalakkan pernah dicatatkan semenjak Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi pada penghujung tahun 2008.

Ujarnya, peningkatan itu dipengaruhi permintaan negara asing terhadap produk eksport negara seperti elektronik dan perkhidmatan.

''Kita berharap dalam separuh kedua tahun ini, jumlah eksport kita akan terus meningkat berbanding bulan sebelum ini," ujar beliau.

Sementara itu, Dungau berkata, kerajaan berharap dapat melihat kesan pemulihan ekonomi negara berlaku pada penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.
Sumber: Utusan Online 10 sept 09

01 Ogos 2009

Ekonomi Semasa :Pelaburan - Amanah Saham 1 Malaysia dilancar


AS1M untuk semua

- Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dilancarkan semalam oleh Perdana Menteri dengan jumlah dana RM10 bilion, saiz dana terbesar pernah dikeluarkan oleh PNB.

- Terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan harga RM1 seunit.

- Boleh dilanggan mulai 5 Ogos hingga 3 September 2009.

- Daripada 10 bilion unit AS1M, sebanyak 50% diperuntukkan kepada bumiputera, 30% Cina, 15% India dan 5% kaum lain.

- Boleh dilanggan dengan jumlah pelaburan minimum 100 unit.

- Had langganan maksimum ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pelabur berumur 18 tahun dan pelabur melebihi 55 tahun pula sebanyak 100,000 unit.

100 unit percuma AS1M diperuntukkan kepada hampir 50,000 pelajar tahun satu peringkat ijazah pertama di IPTA bagi sesi pengajian 2009, membabitkan sejumlah RM5j - Datuk Seri Najib Tun Razak. - Utusan Online, 1 ogos 2009